
khamis 20 januari 2011, kayuhan bersama 36 rider dari serata Ipoh... kayuhan di organised oleh cikgu Miza, lama juga dia post kat facebook untuk invite all rider serata Ipoh.. lagi pun memang sesuai cuti sempena thaipusan...so 36 rider berkumpul di karisma Simpang Pulai, majoriti rider adalah dari rakan2 dan memang kenal pon...
destinasi kayuhan dari Simpang Pulai ke Lata Kinjang 80++km, sekali imbas jika dilihat dari penampilan dan beskal deme.. memang dah nampak macam profesional.. mungkin jumlah rider yang ramai hari ni.. ada yang menyangka Le Tua de Langkawi dah bermula..
8.15 pagi kami start bergerak ke destinasi tujuan..
jalanraya agak sibuk... rider kene berhati2.. tapi apa nak kata dalam berhati2, seorang rider dari simpang pulai, abg Halimi jatuh di KM 20+- simpang Gua Tempurung.., semuanya angkara tak sempat mengelak objek besar atas jalan.. abg Halimi jatuh.. mungkin tulang bahu patah agaknya.. kayuhan terhenti hampir 3o minit, sehingalah abg Halimi didatangi ambulan JPA3, tq buat 9w2TUO and the geng atas usaha pantas untuk menolong rakan kami.
kami menerus kan kayuhan ke Lata Kinjang, sampai Lata Kinjang, refill semula botol air yang dah kosong..
disebabkan agak lama berhenti tadi... kayuhan balik mencecah tengahari.. hari dah mula panas..
kayuhan balik dimulakan dengan mendaki yang amat memeritkan...
satu demi satu rider yang terputus di atas pendakian..
masa downhill aku ambil peluang untuk kejar semula rider yang kat depan..
aku dapat balik group tadi... maintain kayuhan...
hari makin panas.. so aku tak nak terlepas dari group... apa yang aku boleh buat... aku mark tayar belakang member.. lama juga akau maitain macam tu.. rasa nya speed masa tu tak lah laju sangat dalam 30++ je kot... yang tukang tarik Krol rasanya, belakang Krol, Man, pastu ustad Najdi, aku belakang Ustad Najdi... jalan lurus..
ntah macam mana... tayar depan aku buleh tersagat tayar belakang ustad Najdi.. apa lagi... melambung lah...
bahu, sakit.. kepala bengkak dan peha luka tersagat...
dah takleh kayuh...
nasib baik sweeper car ada...
tq rakan2 dtg membantu...



0 comments:
Post a Comment