nuffnang

Monday, November 28, 2011

NGV... berbaloi kah?

berbaloikah... semuanya kerana seorang kawan yang promote tentang NGV, katanya ada perkhidmatan pemasangan tangki NGV bersaiz kecik yang boleh dipasangkan diluar bahagian kereta.
semua orang tertarik, tapi betul ke.?
ya betul memang ada, dua tangki kecil yang dipasang di bahagian bawah kereta. kereta yang yang dimaksudkan adalah kereta exzora.
kereta aku tak tahu boleh ke tak? tapi rasanya tak boleh. pasal ruang tayar spare Exzora digunakan untuk pemsangan tangki gas NGV.
kos pemasangan 2 tangki memcecah RM4K ++. agak mahal.

tapi yang menariknya penjimatan yang ditawarkan oleh sistem NGV terlalu menarik, membuatkan semua poket-poket goyang dan goyah. untuk 1 tangki biasa dan dipasang dibahagian dalam kereta ( mencuri ruang dalam bonet ).
kos pemasangan hanya RM2.5K.
kalau dikira baik-baik, dalam masa 1 tahun kiata akan dapat pulangannya.
dan yang best lagi, roadtax dapat diskaun 25%.
penjimatan 80% berbanding petrol.

pikir lagi...

p/s: kalau tengok jarum meter minyak vs mileage, rasa macam dah perlu tukar kepada NGV. (1 tangki full biasanya dalam RM90 +) pegi balik Ipoh -KL, 420 KM ada 1 takok lagi... kalau abis takok, mungkin buleh pegi dalam 550km long distance. RM90/550KM = 16.3sen/KM.

tunggu lagi....

0 comments: